Hari ni merupakan hari yang celaru dalam hidup aku...mula-mula berita tergempar dari atok...SEMPUT DATANG LAGI...kalau dulu semput atok dah beransur pulih sekarang datang lagi atas dasar penat mengikut kita orang pergi menghantar tanda ABANG SEPUPU ku...biasalah orang tua, mana boleh penat sikit...tapi ikutkan juga perangai anak-anak dan cucu-cucu yang muda ni, tulah musabab yang atok aku terima...mula-mula atok sekadar sesak nafas macam biasa tapi kami semua tidak menganggap ia serius kerana atok selalu ada ubat kalau saat-saat getir...tapi kali ini ia lain sekali...ubat yang dia bawa tidak memberi kesan kepada dirinya...tapi ada yang membuatkan kami semua terkilan...yela kami semua baru ibuk ingin menjamu selera, tapi ia perlu diabaikan kerana atas FAKTOR kesihatan ATOK...kami hantar atok ke klinik JASIN...di sana tiada tindakan di ambil kerana doktor tak ada...jadi kami semua tunggu tindakan mereka, kemudiaan jam 4 pagi mereka menyatakan bahawa atok perlu di bawa ke HOSPITAL MELAKA...
selamat sahaja kami tiba di HOSPITAL MELAKA...semasa di HOSPITAL MELAKA orang-orang di sana menyatakan yang atok aku perlu di bawa ke HOSPITAL MUAR sebabnyadoktor mereka ada di MUAR...aku tidak faham dengan situasi ini semua...tepat jam 8 pagi atok diangkut dengan AMBULANCE untuk ke HOSPITAL MUAR...masa ni aku terima panggilan dari mama untuk membawa kereta ke HOSPITAL kerana atok mencari aku...walaupun atok agak BENCI engan aku, tapi dia sering mencari aku dalam suka dan duka...dapat aku rasakan yang atok banyak pendam apa yang aku sampaikan selama ini...jadi aku pun gerak ke HOSPITAL...tapi sebenarnya, mula-mula ayah telefon aku untuk pergi ke HOSPITAL MELAKA...tapi nasib menyebelahi aku...hehehehehe...
semasa di MUAR....atok mulakan ragamnya dengan cara meminta makanan yang bukan-bukan...:
i) Ketupat
ii) Daging satay
iii) Sambal kacang
iv) Lodeh
v) Kari ayam Bandar
vi) Disediakan oleh mamaku..(tak mahu menantu atau anak yang lain masak)
Inilah kerenah atok aku semasa dia sakit hari ini...macam orang sihatkan???...tapi atok kat ICU sekarang ni..
Ada yang best lagi, aku amat mesra mengenakan atok aku yang sakit itu dengan cara bergurau di sisinya...tapi dapat ku rasakan kalau suatu hari nanti dia tiada lagi di sisi ku...siapa yang akan aku jadikan kawan untuk gelak bersama...dalam masa yang sama aku rasa seperti aku menyesal menjaga atok aku yang sedang sakit tu...mana tidaknya...aku lepaskan tangunggjawab aku sebagai pelajar semata-mata menjaga atok aku yang sakit...tapi dalam masa yang sama terlintas di kotak fikiran aku yang, tiada siapa yang boleh menggantikan atok suatu hari nanti sedangkan kebahagiaan datang silih berganti..sampai sahaja aku di SEGAMAT...timbul satu penyesalan dalam diriku...atok kata, “ KALAU AKU DAH TAK DE, INGAT JANGAN NANGIS...SEBAB AIR MATA ENGKAU SEKADAR HIPOKRIT SEMATA-MATA..KERNA SUATU HARI NANTI ENGKAU AKAN LUPAKAN AKU...TAPI KALAU ENGKAU TIDAK NANGIS, AKU TIDAK RASA AKAN KEPERITAN ITU KERANA AKU TAHU YANG AKU AKAN SENTIASA BERADA DALAM HATI KAU..WALAUPUN HANYA UNTUK PENGHILANG RINDU...”sayang kita sekeluarga tidak akan hilang dihanyut ombak walau setinggi TSUNAMI kerana setiap apa yang kita lakukan kita ikatkan ia sebagai semangat dan pedoman dan hanya ALLAH yang mampu memisahkan kita...
No comments:
Post a Comment